About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

all out

Sebelum ni aku rasa ni semua menyusahkan, kena bangun pagi, layankan adik and mama pagi pagi hari. Lagi-lagi bila kereta mama rosak, everything mama kena berharap kat anak-anak dia. At first aku rasa semua menyusahkan tapi bila lama-lama aku dah biasa macam rutin.

Mungkin ini perasaan arwah abah dulu dimana dia yang selalu anta and amek anak-anak dia and sometimes dia hantar and amek mama kerja kalau mama malas nak bawak kereta. Waktu tu, aku masih kecik, aku jadi pemerhati. Aku tak faham, abah boleh je suruh anak-anak dia naik bas atau tumpang kawan. Banyak kali bila aku balik sekolah, abah asik tertido dalam kereta.

Tak macam anak sulung sorang tu, dia samakan tenaga jantan dia dengan tenaga adik perempuan dia. Sampai aku ke tua aku takkan pernah maafkan dia. Mungkin kalau dia pernah sepak muka aku sampai berdarah alasan dia adik dia kurang ajar. Aku wonder lah, perangai dia yang agak kurang ajar takde sape pulak nak ajar dia. Yela, tanggunggjawab sebagai pengganti abah dekat rumah lansung takde yang dia tahu semua nak dengar cakap dia.

Kelakar nya pulak, bila bertunang dia pandai cari orang nak tolong dia. Mula mula aku kesian sebab tak ramai hantar dia tapi bila sekarang aku pikir, padan lah muka dia. Dia tak pernah ada bila orang mintak tolong dia and dia pandai cakap dia tu kira baik sebab bersungguh nak halalkan perempuan tu and hope orang ramai sokong dia. But when aku bawak calon pilihan aku, dia buat apa ? Dia tido dalam bilik. Itu belum masuk bab aku mintak tolong cari hotel pon sikit pon dia tak tolong, Kalau lah calon pilihan aku tu orang seremban aku pon guna konsep "pandai pandai nak survive" tapi dia orang jauh, walaupun dia lelaki tapi dia masuk kawasan aku, takkan aku nak biarkan dia terkontang-kanting.

Entahlah, nanti bila dia kahwin, pandai pandai dia lah bawak diri. Yang pasti aku taknak terlibat dengan kenduri dia or persiapan dia. Kalau korang tanya tak takut ke kalau kena kat batang hidung sndiri. Aku tak takut, selama ni pon dia sendiri takde tanggungjawab.

Dan lagi sedih, setelah aku try hard nak jadi anak yang soleha sebab bila masa arwah abah hidup aku tak sempat jadi anak soleha untuk dia dan sekarang aku ada mama tapi paling menyedihkan mama sikit pon tak appreciate aku. Dia still samakan aku dengan yang lain, dia tak sedar aku dah slow slow jauhkan aku dengan kawan kawan sebab nak rapat dengan keluarga tapi bila aku duduk rumah aku dapat apa, dengan adik aku kat sana abg aku tengah angau pentingkan orang lain and mak aku sibuk dengan hal dia. Akak aku lain lah dia dah bersuami.

Aku selalu berharap yang aku nak ikut arwah abah sebab aku rasa dunia ni kejam tapi sampaikan harini, Allah masih letak aku di atas dunia ni. Penat aku pujuk hati aku yang Allah tahu ujian ni aku mampu hadap sebab tu aku masih berdiri di atas tanah. Aku tahu aku tak layak benci orang, hukum orang tapi aku tak mmpu halang perasan sendiri untuk rasa macam tu.

ps : AlFatihah untuk arwah abah MOHAMAD TAUFIK B. MOHAMAD NOR.


No comments: