About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Last from me, im done.

Aku diam. Biarkan masa menentukan masa depan dan jalan yang aku bakal hadap. Diam. Dan diam. Muncul seorang manusia yang aku anggap kawan baik, yang aku percaya mampu menolong kegusaran yang aku tak patut gusarkan. Membuang rasa yang tak patut aku rasakan.

Aku cerita rasa aku. Ye. Aku percaya dia.

Seminggu berlalu...

Apa yang aku dapat?  Dihina? Usik tentang tudung yang aku pakai. Sedang aku selama berkawan tak pernah sentuh pakai pakaian orang. Menghina apatah lagi.

Dan...
Aku call si dia yang aku percaya.

"aku dah dengar dua pihak dan aku ada hak,  untuk pilih siapa yang betul"

Macam ni ke cara sis yang konon cuba nak baikkan kami. Sis patutnya bersifat neutral dan cuba untuk nasihat dengan elok bukan dengan cara cakap ikut nafsu kepala bana kau.

"kiteorang dah penat ah orang macam kau"

Memang selama ni, yang cuba hilangkan rasa awkward dalam diri kawan kawan kita terhadap kau sejak kes kau berlagak dengan boypreng yg konon sehidup semati tu yang akhir nyaa blah dengan popuan lain tu,  bukan aku.  Yang selalu pastikan geng geng ada masa bersama bukan aku?  Kau ingat kalau dlu kau ajak dorang tanpa aku,  ingat ade ke yang nak kluar dengan kau.

Itupun bila aku ajak diorang, diorang be like "aku taknak lah awkward dengan dia tuh, tak tau nak borak apa" tapi still aku pujuk orang tuh try lepak dengan kau.

Tapi sekarang, apa yang kau bagi aku?  Keruhkan keadaan. Buat dia lagi jauh dari. Tak,  aku bukan salah kau je.  Ade salah aku.  Cuma aku kecewa, salah aku,  adalah percaya kau.  Dan kalau friendship aku berakhir pon dengan dia, aku rasa aku tak rugi dah.

Jangan kata aku tak ingat kawan,  tak hargai kawan. Fikir siapa yang selalu buat korang lepak sesama kalau bukan perangai aku yang kuat paksa and kuat merajuk ni. Dan sekarang,  korang nak drop aku. Aku okay. Dan aku percaya, selagi aku punya tuhan, Allah  takkan biarkan aku berseorangan.

Dan akhir,  untuk dia. Aku tak nafikan apa si yang konon boleh jd org tengah ni, cakap, perhaps sama lah dr apa yang aku kata.

Kau tahu macam mana perangai aku bila was was, kau kenal aku, lebih dari si orang tengah ni. Aku tak harapkan maaf sbb cacian kau terhadap tudung labuh. Tapi aku harap kau maafkan aku sebab rosakkan hubungan kita, adik beradik tak semaksebapak, kembar.

No comments: