About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Kenal

Berapa lama kau kenal sesorang tu, takkan pernah sama bila kau dah serumah dengan orang tu. Dan sama jugak,  walaupun kau serumah dengan dia, kalau kau tak pernah bersosial dengan dia, dia takkan pernah sama dengan dia tika berada dirumah.

Kita, nama pun manusia. Keletah banyak. Layanan kita terhadap certain orang pon lain lain. Jadi bila kau jumpa orang yang faham kau, kenal kau, style kau. Simpan. Jaga. Lillahi ta'ala. Baru bawak ke syurga.


So, ni batrisyia. Aku kenal pon masa dekat matrik. Dia lah roommates aku, toiletmate aku,  eat-mate aku, walking-mate, enjoy-mate aku,  stay-up-mate aku,  okay cukup hancurkan bahasa orang.  Hahaha. Orangnya asal dari perlis, so sejak habis matrik,  sekali dua je dapat jumpa. Walaubagaimanapun, aku rasa dia faham inside out aku. Sejak tu, aku punya pandangan,  bila kau pernah sebilik,  punya keserasian,  macam mana kau terpisah,  bonding kau still akan kuat.