About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

To someone i love i trust

Babe, gua tak terlintas nak kongkong life lu. Serious. Aku diam tak tegur depan depan sebab aku dah boleh baca respon kau. Okay, anggap ni bagai wasiat aku, bila aku tiada. Please.

Cepat atau lambat kita pasti akan berpisah jugak. Moga bukan berpisah atas sengketa. Babe, kau tahu aku sayang kau, luar dalam kau. Aku sayang. Malah aku nak kau bahagia dunia akhirat. Aku tahu, aku takdelah sempurna mana untuk bicara agama dengan kau.

Cinta lelaki. Perhatian lelaki. Ya. Aku pon kejar cinta lelaki sampai lupa cinta Allah kekadang. Aku mohon kau, simpan lah segala aset kau untuk yang lebih berhak. Jangan lah kau zalim dengan diri sendiri. You deserve better. Allah bagi banyak kelebihan "penarik perhatian" pada kau dari aku.

Kau patutnya guna untuk yang lebih layak, halal. Mindset kau mungkin lebih terbuka dari aku. Tak salah nak enjoy tapi berpada lah.

Aku tahu hati kau baik.. Kau cuma kalah dengan "darkside" kau. Aku perhati kau dari jauh. Setiap hari aku doa moga hubungan kita kekal malah agar Allah titipkan rasa kembali pada-Nya.

Aku diam. Sebab aku tahu, aku tak kuat untuk berkata. Jadi aku berdoa.

Setiap hari aku rasa, impian aku untuk berumahtangga awal tak akan dapat kecapi, aku dapat rasa, ajal yang mendahului jodoh aku. Jadi, aku relakan orang yang aku suka, orang yang aku cinta untuk kejar pilihan mereka. Babe, kalau aku pergi dulu, boleh kau tinggalkan itu semua? Aku takut jugak in case aku pergi kau tidak rasa kehilangan. Kawan kau ramai. Sedangkan aku, aku hanya punya jun,eyla, wani, eeqa dan iman.

Babe, kau tahu aku percaya kau, aku sayang kau, macam aku percaya and sayangkan family aku. Aku tak pandai tunjuk babe. Aku kasar. Aku ego.

Aku tak sekat sosial life kau but tahu lah weh, setiap kali kau dengan aku, bila aurat kau "terbuka".. Aku rasa ingin amek something untuk cover kan aurat kau.. aku taksuka stranger " meratah" badan kau. Sorry babe for being "mak nenek" sangat. Kau tahu kan. Aku sayang. Aku cuma nak terbaik utk kau.

Ingat, ayah kita. Masih berjalan pahala dosa kita pada dia... Kita berseronok di atas dunia ni tapi kita tak tahu, apa yang ditanggung oleh ayah kita. Ingatkan aku juga bila aku terleka. Sebab selagi aku bergelar manusia, selagi itu khilafku masih ade. Aku cuma mahu kau menjadi sahabat dunia akhirat aku.

No comments: