About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Ringkasan yang berlaku dua tiga harini

Mama always kata aku ni clumsy, over-confident, hidung tinggi (laa mancung kan, haha), hati kering and sangat memilih. Tiap kali hadap exam, mama selalu pesan, jangan over confident tapi aku selalu degil. Taknak dengar. Selalu confident sampai selalu tidur dulu baru jawab exam. Sampai lah masuk sem dua ni aku masih buat perangai sama and Allah nak tnjuk sesuatu. Aku jatuh terduduk.

Malam tuh, aku duduk sebelah mama, mama kata aku kena belajar jadi seorang yang humble dan aku kena berhenti dengan perangai aku yang memberontak dan suka berpelesaran. Aku terngiang kata abang "kalau abah ada, abah sedih (perkataan sedih ditekan agak tinggi) lah tengok kau ni" ya, aku tahu dia pon sebenarnya sedih tengok aku. Jangan judge people, walaupun orang always "muslimah budak ni" padahal sifat rebel aku sangat tinggi.

Actually malu jugak lah nak sambung belajar, tapi mengenangkan mama berhempas pulas nak tengok aku berjaya dan aku teringat arwah abah. Terkenang satu satu muka family aku. Datang semangat di mana, aku nak belajar bersungguh balik, aku nak dapat kerja elok, nak mewahkan family aku. Tak lupa juga kawan aku yang selalu tahan dengan perangai aku yang teruk sangat sangat. Yang selalu menuruti segala kemahuan aku tanpa belas kasihan,

Tujuan aku buat instagram and twitter baru, aku nak cuba berhenti dari amek tahu tentang sesorang yang dulu kawan rapat aku. Biasalah, kehidupan, harini dia kawan rapat kita, esok lusa dia jadi "stranger". Kalau kau rasa kau yang aku cuba larikan diri.. Kau jangan salah faham. One day, aku akan datang balik dekat kau, explain everything walaupun "one day" tuh kau dah tak nak dengar explanation dari aku sebab aku bukan sesiapa dah. By the way, semoga jodoh panjang and doakan aku jumpa jodoh jugak suatu hari nanti ! :)