About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Hey sad boy

Dont cry please. Memang susah nak terima kenyataan, lagi lagi kenyataan yang tentang kehilangan. Orang kesayangan lagi, terdekat dan terpenting pulak. Sabar.

Nanti ada masa tatkala kau melihat sebuah keluarga yang lengkap dan situasinya pernah kau alami, kau akan merasa sebak serta merta. Seperti aku setahun lalu yang merupakan tahun kedua tanpa abah disisi. Aku kerja di shopping mall. Aku ter-arah satu keluarga ni yang dimana ayah dia sejibik macam abah, kuat sakat dan ego!

Dalam ego dia, ada sakat dia. Dalam ego dia, terserlah sayang dia tapi sayang yang dirasai bila dia "pergi" tinggalkan kita. Tanpa sedar, aku menangis sendiri. Hati tersentuh. Aku jadi sedih.

Babe, mungkin ni masih baru untuk kau terima segalanya. Perubahan hidup kau akan ketara berubah. Hilang seorang insan yang kau hadap dari mulanya mata kau celik. Insan yang bersusah payah buat kau berdiri seperti sekarang. Bolehkah kau berjanji supaya lepas ni kau tak bersedih lagi ? Rindu, teringat, itu lumrah, jangan nangis, sedekah doa supaya di bawah sana tenang. Kau hebat dalam mengawal perasaan bukan, jd guna kelebihan itu ?

Walaupun aku bukan tempat kau tuju dan bukan juga tempat kau meluah tapi aku masih tetap nak support kau. Masih nak jadi tempat kau bersandar. Masih haus akan cerita kau.

No comments: