About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Dia tanya II

Dia seolah bertanya "kau macam ade someone sekarang"

Aku cuba tenang dan membalas "takde dah, dia dah friendzone kan aku. Hahaha"

Aku tak tahu kenapa aku tak over- menunjuk seolah someone itu adalah dia.

Cerita dia, bermula *yang aku sendiri tak pasti bila aku menulis tentang dia* pertama aku biarkan dia dengan gadis gadis pilhan dia dan sekarang ni, dia sedang berusaha keras pada sesorang. Membuat sesuatu yg dia tak pernah lakukan jadi aku yakin dia suka sangat dekat gadis itu. Jadi aku harus ketepi.

Dan, seperti previous entry, i know my limit. Aku pon tak jangka akan suka dia sedangkan pada mulanya aku anggap hanya kawan dan selalu yakinkan pada peminat dia *yakni kawan aku* diorang ade peluang kalau nak usha, dan aku bukan seperti mereka. Aku ade taste sendiri.

Tapi, setelah aku mula hadirkan dia dalam doa. Aku rasa something. Aku berdoa supaya Allah jauhkan kami, agar aku dapat tentu-kan ni nafsu atau bukan. Allah makbulkan *sedikit terkilan dgn permintaan sendiri* susah nak terima yg dia ade komitmen lain dan terpaksa berpindah. But wait, itu doa aku. Jadi aku kena redha.

Mula mula takut juga, kalau dia berubah dah taknak layan aku. Sebulan lebih tak jumpa and i start learn to control rindu. Start pastikan rindu aku pada dia kerna nafsu (syaitan) atau kerna benar jatuh hati. Sampai lah satu masa, aku sedar setiap hari aku sebut nama dia. Cerita kebaikan dia. Mimpikan dia.

Dan bila dia bersungguh untuk gadis tu, aku tenang dan cuba tolong naik kan semangat dia. Nak selfish utk merebut dia tapi ni tentang perasaan, takkan aku pikir bahagia sendiri jadi aku biarkan dia kejar bahagia bersama gadis tuh dan aku akan mencari lain.

Aku percaya jodoh Allah. Allah tentu dah merancang sesuatu yang lebih baik utk aku. Mungkin takdir aku dan dia hanya sekadar kawan yang berkongsi cerita untuk melepaskan rasa.

No comments: