About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Special for my roommates,


Satu semester dah berlalu. Alhamdulillah. Now semua tengah final mood, aku bukan tak feel mood final ni, aku feel. Aku baru je menelah subject measurement bersama jiran sebelah. Alhamdulillah ade juga yang nak spend time ajar aku yang loserr gila ni. Setelah hampir 14 minggu belajar, baru sekarang aku nak belajar satu satu. Ya, aku perlu study hard, dah takde smart smart lagi dah untuk masuk semester tiga. Agak risiko. Ye, aku suka benda berisiko. Bila lepas aku tenang, bila kandas, ah kau tunggu lah perangai aku macam mana. 

Dalam masa aku terkedek belajar kos yang aku pon "entah apa benda aku belajar ni" aku join badan beruniform SUKSIS. Nak dijadikan cerita, semester pertama, kami duduk kolej berasingan. Masuk semester kedua, kami semua kena duduk kolej yang sama *pfft tayah bayar kolej doo* Jadi masa hujung semester satu kiteorang di atur duduk bilik dengan siapa. Okay, aku ni jenis susah nak terima orang, sedangkan roommates semester pertama pon aku tak amek port.

Agak berang jugak lah, sebab aku ada pilihan sendiri duduk dengan siapa. Jadi masa pendaftaran semester kedua, aku cuba lah jugak tukar bilik tapi tak berjaya. Serious talk. Kecewa jugak lah tapi gua yakin gua boleh hadap diorang ni untuk satu semester (kalau semester satu, aku boleh hadap takan kali ni takboleh), gua berazam semester ketiga, aku nak tukar roommates!!! 

Hari silih berganti. Masam muka. Hipokrit. Kutuk belakang. Serious tak dinafikan ada. Kesian dekat mama, mimi, jun, dan hazim kena tadah telinga aku mengeluh mengadu tak sudah. Sampai satu masa, aku penat lalu aku nak jadi diri sendiri. Aku taknak kata belakang, aku try cakap lepas. First diorang memang tak dapat terima. Aku nampak.

Sampai satu masa, diorang macam dah lali, macam dah dapat adapt dengan mulut puaka aku ni. Sejak itu jugak, diorang jugak mula jujur. Jujur tu indah walaupnn pahit sebab busuk hati inn shaa Allah tak akan ada dalam diri sebab kita dah jujur apa kita nak-kan. Dari situ, aku mula rapat. Aku mula suka diorang. Dannnnnnnnnnn... aku amek keputusan untuk stay dengan diorang untuk next semester ! Nah belanja muka diorang sikit.






Thanks doo, tahniah kat diri sendiri (kita semua) sebab berjaya terima baik buruk bersama. Moga kita kukuh sampai ditauliahkan ! Korang ni bagus, semua nak jadi pegawai bukan macam aku, aku bukan nak sangat jadi pegawai, aku masuk SUKSIS sebab suka suka je. Hmm agak lifeless lah aku ni asyik follow the flow je. Nak jadi apa pon, masih keliru. Tak habis berangan je, jadi SuriRumahBerdegree. Sebelum jadi SuriRumahBerdegree kena berbakti dulu dengan family baru boleh fikir diri sendiri ye tak? ahh keliru ah! haha

Wehhhhhhhhhhhh apa aku melalut jauh sangat ni. Okay bye weh korang. Jumpa next semester. Saja post awal, nak hilangkan ngantuk belajar tadi. Hm, Shah Alam agak panas ye sekarang ni. *nampak tak aku macam nak buka topik lain* okay serious bye. So, BYE !

No comments: