About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Perempuan tinggi vs lelaki pendek

Wooo mcm legit gila kan tajuk kali ni. Well. Okay first at all, Assalammualaikum... Duniaaa bangun lahh semuaaa . okay chop. Dah.

Tadi aku scroll facebook, baca status sanak saudara kawan apa bala bagai. Then tengah sedap scroll tiba tiba nampak status tunang kawan aku and ia memberi sedikit impak dekat aku laa since aku pon macam pernah ade situasi macam tuh. PERNAH k, aku ulang P E R N A H.

Pergh dulu dia ni aku suka sakat dia, tapi rasanya takde kot kutuk pendek tapi kalau ada pon mungkin laa sebab well, kau pon tahu mulut puaka aku ni macam mana. Jujur kan. Hehe.

Aku kenal dia dari zaman myspace, then selalu jugak pergi skolah dia sebab kawad. Yess !! Kiteorang sebaya, tapi dia langkah bendul ! Dia kahwin dulu. Haa tkpe lah jodoh dia sampai dulu. Tahniah shahril and ira. Selamat menjalani kehidupan baru. Murah rezeki weh dapat bini tinggi or suami rendah - orang tua kata, kesahihan tuh aku tak jamin.

Tutup cerita dia. Okay dulu gua ade ex, which is dia ex gua yang last and after that gua cuma ade tersangkut kat sorang tp tuh pon just crush and gua tak berani confess lalu cinta gua bertepuk sebelah tangan but yeah life must go on. Putus cinta bukan pengakhiran.

Balik pada ex aku. Ketinggian dia pon around 160-165 kot nak dibandingkan ketinggian aku 169-170 but seriously i dont care. I love him. Kiteorg kekal 3 tahun and clash pon sebab tak sehaluan. Masing masing baru nak kenal dunia. Aku baru form 4 dia dah habis skola. Aku dah biasa berkepit texting ad oncall 24/7 but when dia dah habis sekolah jadual jadi berubah. Aku pulak nak perhatian, dia dengan dunia dia. Mestilah akan jumpa lagi better dari aku. Then last last aku end up kan je hubungan kita orang.

Hamek setahun juga untuk aku terima dia as kawan. And now dah tujuh tahun lah kenal dia dari lover ke member. Eh jap kenapa eh cerita pasal dia ? Oh sbb dia pendek kan. Hahaha.

Okay balik pada asal, orang pendek ni actually comel, jujur lah aku suka dekat orang pendek, memang lelaki tinggi nampak perfect tapi tak guna kan nampak perfect kat mata org hakikatnya dekat hati segala bencana alam ada ?

Serious apa yang aku pernah alami lelaki pendek sensitivity dia tinggi dari lelaki tinggi. Diorang ade cara sendiri nak jadi romantik. Kadang kadang struggle dorang nak dapatkan perhatian pon dah sweet enough weh. Hahaha

Aku pernah tanya dekat adik sedara aku, dia pendek dari aku tapi ketinggian dia purata ketinggian lelaki kat Malaysia ni KOT. "Kau nak kee bini lagi tinggi dari kau ? Tak tercabar ego kau?" Then he reply "ehh nak ! , aku suka perempuan tinggi dari aku ! Kenapa nak tercabar ego, cinta tak mengenal rupa kan?"


Aku memang suka dekat orang pendek tapi kalau dah jodoh dengannya orang tinggi. Itu rezeki lebih yang tuhan bagi. Hehe lagi lagi budak basketball. Hmm cool weh.

No comments: