About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Dia takut rasa jatuh cinta sekali lagi

Dulu dia pun bermula dari stranger ke kawan. Dulu, dia peramah dan dia mudah berkawan, tak pernah dia punya sedikit pun perasaan negetif dekat orang yang dia tak kenal. Dia selalu nak ada ramai kawan yang sentiasa ada disamping dia walaupun dia tahu certain itu hanya ada masa dia gembira.

Bermula lah dia kenal kau, dia cuba nak berkawan dengan kau dan ingin sangat kenal hati budi kau. Jenaka kau selalu mencuri tumpuan dia. Walaupun kadang kadang punchline kau takde lah hebat mana. Dia tetap suka dia tetap ketawa riang. Dia rasa bahagia bila dapat mendengar segala yang tentang kau.

Dia punya satu medium di mana segala nya dia luahkan di situ. Kau tahu ? Seboleh bolehnya dia ingin coretkan segala tentang kau di sana. Sifat peribadi kau, kelakuan kau, citarasa kau. Segalanya. Tapi dia takut semua tu akan menakutkan kau untuk terus berkawan dengan dia. Jadi dia hanya berkias di dalam medium itu tentang kau.

Sampailah satu masa yang dia sedar dia dah jatuh cinta dengan kau tapi sayang cinta dia bertepuk sebelah tangan. Kau menolak dia, itupun kau biarkan dia bermain perasaan sendiri bertahun lamanya. Dan tak lama kemudian setelah kau menolak dia, kau sudah bersama yang lain. Rupanya orang lain dah rembat hati kau dulu.

Dia mula menyesal atas segala yang di korbankan. Lagi lagi masa. Masa depan dia. Dia tukar bidang kerjaya sebab ingin memahami kerjaya kau sebab bagi dia, itu membantu untuk lebih mengenal kau dan rapat dengan kau. Sayang, itu semua angan angan yang dia tak akan dapat merealitikan.

Sejak itu, dia dah tak berani nak berkawan, lembut dia hilang dan makin hilang. Dia rasa semua orang akan betray dia. Dia rasa insecure seolah orang akan mempermainkan dia dan mengejek atas kebodohan dia. Dia rasa bersendirian lebih baik. Dia hanya percaya keluarga dan kawan terapat dia sahaja.

Dan harini, dia mula goyah semula. Dia tak sangka, ada seseorang yang mampu buat dia rindu akan senyuman, pandangan dan tawa yang selama ini tidak pernah lagi mengoyahkan hati dia walaupun dia selalu bagi peluang orang lain untuk menggantikan tempat kau sedangkan dia tahu yang dia terlalu menyukai kau dan tiada seperti kau.

Tapi..
Dia takut orang itu seperti kau sebab orang itu teman rapat kau. Dia tahu teman kau hanya ingin dia bebas dari pengaruh kau. Teman kau dah berjaya tapi................. Dia hanya mampu berdoa pada tuhan supaya jauhkan rasa itu dari teman kau agar pisang tak berbuah dua kali. Dia takut. Dia serik. Dia rasa dia terlalu banyak kekurangan.

No comments: