About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

kau pemandu gila

Sejak aku biarkan kau pandu aku. Hati aku, jantung aku dah tak keruan. Ada kala jantung aku bagai nak terkeluar, hati bahagia seolah berada di taman bunga yang di penuhi dengan bunga kegemaran aku. Tapi sering juga jantung aku seolah sukar untuk berfungsi, rasa sesak yang menyiksakan, hati rasa dihiris halus.

Aku tertanya, aku yang perasan sendiri atau kita sudah berkongsi rasa tapi ego menjadi penghalang ? Aku terlalu takut dengan silam aku. Terlalu takut rasa ditolak. Orang kata gagal sekali bukan makna gagal selamanya. Cuma aku yang terlalu takut akan kegagalan sedangkan aku tahu orang yang takut akan kegagalan sebenarnya telah pon gagal. Gagal dalam mencuba.

Aku pula baru je kehilangan pemandu hati dan kau hadir menawarkan bantuan sementara pemandu baru hadir. Jadi aku pon bersetuju.

Hati ni pelik, mudah terpikat dengan pemandu yang mampu buat dia jadi gila. Ya, gila. Seolah hati mahu sesat bersama pemandu di suatu kawasan yang terbiar. Yang dimana hati tak akan biarkan ade yang mengganti pemandu itu.

Ahhh aku dah gila. Gila dengan perasaan yang gila.

No comments: