About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Forum : Bercinta Selepas Nikah


Jangan lupa tengok kat oasis and maya hd.
Start 4 April 2015, 7.30pm.


Okay just nak share ilmu apa yang aku dapat. Well, aku tak bawak buku and pen. So ada yang video ada yang aku tulis dekat note. Bukan sengaja taknak bawak, aku cuma tergesa nak pergi forum ni. Yelah, aku terlajak tidur sampai pukul 8pm. Nasib lahh aku dah asar dulu tapi yang tak bernasib baik, bila aku tak beli makanan untuk berbuka. Dan bila aku bangun aku terus minum sebab nak bukak puasa then magrib dan hantar kawan aku ke KTM. Amboi mukadimah aku..... hahaha k, jom pergi next perenggan.

Apa-apa amalan dimulakan dengan niat. So cuba kita tanya kenapa kita nak kahwin.. Then ada lah satu cerita yang student ustazah Ifadiah ni jumpa dia and bagitahu ade orang propose dia. Orang yang propose tu, budak kelas dia jugak. Ustazah pon check attendance, so ustazah kata "if you can ran away, ran away from him NOW!" student tu pon tanya kenapa, jawabnya "dia takde komited, rasanya laa" After 7 years, student tuh datang balik and jumpa dia, dia dahh putus and tanya dekat ustazah tu, macam mana tahu budak tuh tak komited. Well, ustazah tuh tak ingat pada mulanya, setelah dah pergi baru ustazah  baru teringat yang dia tengok ATTENDANCE (banyak ponteng kelas) . So kat sini, kelas ni sebernanya waktu belajar menunjukkan komitmen kita. Bila berkahwin its all about komitmen

Macam biasa kita tahu yang bila kita kahwin, tanggungjawab bapa perempuan itu akan diserahkan kepada suami. Sebab itu isteri kena taat suami dulu sebab dia dah ambik tanggungjawab sang isteri.So konklusinya, kalau nak kahwin tanya lah niat kita, kalau niat kita nak kejar takwa kepada Allah, Ahlan wa sahlan wa jalan... hahaha

Then PU ada lah menambah, jangan nikah dengan seseorang yang telah memegang tangan kamu sebelum kamu berkahwin keberangkali setelah dia berkahwin dia akan memegang tangan jiran kamu. Kat sini boleh nampak sebelum kahwin dah tak bertanggungjawab apatah lagi selepas kahwin.

Kewangan. Bila kita niat baik. Allah akan bagi rezeki dekat mana mana -Noh. Since kita boleh ambik kes Noh and Aiman Azlan yang hanya ada 7-8 ribu dalam bank but Alhamdulillah diorang dapat berjalan lancar. Itupun setelah di-negation and mengunakan kuasa perbincangan -Aiman & Noh. Selain tu, boleh je kan cari duit, So kat sini, kematangan kewangan penting.. Kematangan kewangan tak diukur melalui kekayaan tapi berjaga-jaga. Its okay ah, asalkan husband kau dah mampu basic.

Cari pasangan. Okay based on cerita Aiman Azlan yang bernikah sebulan setelahh grad, dia cari waktu belajar. Dia cari dari foundation lagi setelah join satu program ni and dia pon tiba tiba semangat nak kahwin. Dia asik nampak semuanya macam calon suami btw study dia still okay (macam aku. hehe) Well, dari cerita dia, kawan dia pernah kena reject tiga kali baru jumpa isteri dia. Proses pencarian ni depend juga, ada yang panjang ada yang pendek. So kita jangan lah give up. Kita berusaha (saba) jela mencari, dah jumpa dan hati rasa tenang kita serahkan semuanya pada Allah.

Kelebihan/kekurangan, Allah cipta kita lain lain supaya kita belajar mengenal dan faham supaya setelah itu akan wujudnya rasa sayang. If kita tak cuba mengenal and memahami, perasaan benci akan mula bercambah. Ego, kena jaga. Syaitan dihalau dari syurga pun disebabkan EGO. Jadi kita nak ke jadi macam syaitan (cakap depan cermin) Actually, bila kekurangan pasangan kita tuh, kita kena jadikan ia sebagai sesuatu untuk kita rapat dengan Allah, dengan meminta Allah tunjukkan kita untuk atasi manakala bila kelebihan pasangan ,kita perlu lah bersyukur dengan Allah. Kesimpulannya, cuba lah menjadi orang yang hidup di zaman dimana bila rosak kita cuba baiki bukannya buang terus dan cari yang baru.

Em setakat ni jela aku mampu share sebab ni je yang aku mampu rakam and catit. Forum ni habis dalam 12am something, sumpah perut aku tak menahan pedihan kelaparan. Nak keluar pergi seksen 7 pintu dah tutup. Jadi gua merayau lah kat area seksyen dua, rancang nak cari kedai berdekatan sebab malas nak pergi pusing seksyen 7 tapi satu kedai pon tak buka. Lepastuh hampir sesat sampai ke mana tah. Call member nak cari jalan keluar plus tanya kedai makan terdekat tapi dia tak angkat phone. Mungkin sudah tidur. Jadi aku gagahkan sahaja diri cari kedai makan berseorangan. Alhamdulillah, Allah kan Maha Penyayang, maka dapatlah aku makan malam ni.

Tak rugi aku menahan lapar, sebab aku rasa serba sebanyak forum ni ade macam ada dalam situasi aku, Lagi lagi tang kena reject and ego. Btw, bagi yang always cakap "hang ni tak habis pasal cinta je" macam yang PU tuh kata tadi, setelkan masalah cinta baru lah kita akan nampak perkara lain. Lagipun, cinta memang tak segalanya, tapi segalanya bermula dengan cinta.

Actually, aku sampai bilik around 1am gitu. Then bergayut dengan mama until 3am. Jadi aku tak betah nak tidur, takut terlajak tidur so aku menulis lah kat blog. Memandangkan esok kawan aku nak tumpang pergi kelas.. okay lah, Assalammualaikum :p

1 comment:

aztazhr said...

Jemput join segmen ini ye . :) http://aztazhr.blogspot.com/2015/03/segmen-klik-iklan-nuffnang-by-aaizaatt.html