About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Menyalahkan

Dulu, setelah dapat berita pemergian abah. Aku cuba balik. Sesampai aku di destinasi, aku dikhabarkan semua di kubur. Sampai sahaja aku, semua sudah selesai. Selasai.

Hati, pikiran aku serabut. Aku lari ke kubur. Aku hampir menyalahkan tuhan sebab sudah lah hamek nyawa abah lalu tidak pulak aku sempat lihat jenazahnya. Kejamnya tuhan !

Sebelum sempat aku meluah "kenapa abah tak tunggu jia, kenapa tuhan buat jia macam ni" aku merasa sesuatu yang menampar otak pemikiran aku yang berbisikan "tuhan uji kau, sebab dia tahu kau mampu, kau kena belajar redha"

Jadi sambil air mata yang jatuh, sambil aku terkamit kamit melawan, mempertikaikan segalanya dalam diri aku. Aku dipimpin ke kereta. Terasa seperti sesuatu ikut pulang ke rumah.

Kadang kadang aku rasa aku dah redha tapi setiap dalam hidup aku, setiap hari hari yang aku jalani setelah abah tiada, aku sering terdetik berkata "kalau abah ada......" Jelas yang aku belum 100% redha. Sungguh aku ni anak serta hamba yang berdosa.

No comments: