About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Cancer

Dua tiga hari lepas aku oncall dengan mama, ade la perbualan sikit. Okay, aku tahu makngah sakit, tapi aku tak tahu sakit apa cuma ada desas desus pasal cancer so setiap kali jumpa, kesian aku tengok makngah. Dia makin lemah, aku tahu dia sedang lawan dengan penyakit dia. Rindu aku dengan makngah tika dia kuat and masak sedap sedap.

Now, aku tahu dia dah cancer tahap 4, which memang dah takde ubat cuma depends pada orang tu utk lawan penyakit dia. Well, makngah kuat. I know that. Makngah kuat. Lately ni aku makin busy dengan hal hal universiti aku dengan final exam lagi so aku tak sempat nak jenguk. Lama jugak tak jenguk makngah. Hm.

Ade satu buat aku sedih. Mama kata dulu kawan dia pun kena cancer and aku kenal jugak kawan mama tuh. Kesihan. Kalau aku cerita pasal dia sebelum dia pergi, mesti sedih melainkan kau takde perasaan. Ini cancer beb. Bukan boleh buat main.

Mama pernah kata majoriti orang yang selalu hidu asap rokok lagi teruk kesannya dari perokok and probability utk kena cancer memang tinggi. Arwah pakngah dulu perokok tegar. Arwah kawan mama dulu kerja kilang rokok. Dan mama, bukan saja kerja kilang rokok bahkan arwah abah juga seorang perokok  tegar. Abah meninggal pon sebab serangan jantung i guest.

Aku takut benda tuh jadi kat mama. Memang ada lagi yang susah takde mak pak dari kecil tapi aku tak sanggup kehilangan lagi. Sungguh. Walau aku tahu setiap yang hidup pasti mati. Aku still berharap dekat tuhan yang umur mama panjang. Bagi lah aku peluang untuk balas semua jasa mama and abah.

Sebab tuh aku tak suka perokok, aku tak boleh bau asap rokok. Fobia, menyampah, mual semua ada. Aku juga berharap suami aku bukan perokok. Rokok ni pembunuh senyap!

Harap makngah sentiasa kuat, inn shaa Allah.

No comments: