About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Malam ini

Seharian, hidup aku free-- takde kelas.
Apa lagi menggembirakan hati seorang pelajar kalau tak-dengan berita "CLASS CANCEL"
Jadi, sepatutnya masa itu dibuat untuk revision,
Tapi aku- beriadah.
Hirup udara segar-- Cuba bergaul dengan persekitaran luar.
Best-- hilang rasa loner sebentar. Sebentar-

Aku yang punya sifat mudah rimas. Tak boleh lama.
Lama dengan persekitaran yang sesak.
Lainlah aku bersama yang teristimewa,
Tidak aku endah siapa di sekeliling. hee ;)

Jadi,
Malam ni.
Aku seharusnya duduk menghadap buku.
Bersedia untuk final yang mendatang.
Yang tak sampai lagi 2-3 minggu.
Subjek- Measurement, Constech, AOP, Economy, Structure.
Ahh itu semua serabut.
Lagi tamadun lah apa english lagi. K -.-

Rasa macam balik zaman SPM.
Banyak paper nak kena amek.
Matrik pon 4 paper je weh,
Soalan pon goreng goreng *poyo.

Aku tidak tahu jikalau apek pernah terbukak blog aku dan dah tahu yang reason aku ambik Quantity Surveying, yang pasti dia paling banyak membantu aku dekat sini, lagi lagi nak adapt kos yang tak pernah aku tahu. Ya tuhan Kau murahkanlah rezeki dia dan cepat-cepat bagi dia bertemu jodoh sebab aku dah penat dengar pertanyaan dia acap kali keluar "kau bawak kawan perempuan ke *insert smiley mengada*". Tuhan, mudahan dia dapat yang tinggi, so biar lagi murah-murah rezeki dia. hahaha.

Sometimes dia memang main peranan seorang abang sangat, bagi pandangan aku lah sebab abang aku pon lebih kurang macam dia. Takde perasaan. Then lawan mulut itu biasa dan aku kalah pon biasa. Ada sekali tu, aku sampai google untuk nak bidas balik hujah abang.

Wani.
Adik-beradik yang tak se-mak se-bapak. Aku selalu merajuk. Bukan nak kata kawan lain tak guna. Berguna, cuma wani ni yang masak dengan gedik aku. Kau kena faham gedik aku sekarang tak sama dengan gedik aku dulu. Memandangkan wani je still call and tanya khabar aku. Jadi dia paling masak dengan aku. Aku tahu, wani kalau dekat mesti dia tak akan biarkan aku, mesti dia datang jumpa aku sebab aku nampak dalam diri wani dia sangat menghargai "friendship". Kami berpisah dek laut cina selatan. Buktinya, dekat matrik, dia je selalu datang bilik aku, aku memang hareyy ah nak pergi bilik dia kecuali aku lari bilik sebab merajuk dengan roomates. hahaha

Ojan, tiap malam kita on the phone sampai cerita semua dah tak cover. Sendawa pon dah, tapi kau jela, takat ni aku tak pernah sendawa lagi. HAHA. Mungkin sebab mindset kita , aku-hakak kau-adik, jadi interaksi jadi menarik. Hakak-adik beza yang hanya enam bulan jaraknya. Kesakitan hati kau, keutamaan aku. Sehari aku tak dengki kau macam mana aku biasa dengki dengan adik aku, ayith macam tak sah hidup aku. Kau selalu cakap "aku dah pernah buang kau then aku nak balik, aku kutip kau" aku tak heran pon ayat kau tuh sebab sampai sekarang aku suka pegang perinsip "If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were." sebab tuh aku suka balas "aku ni pentingkan sebab tuh kau kutip balik". Friendship kita kan unik, so mesti lah kau rindu aku kan.

Terima kasih Allah sebab Kau bagi aku peluang kenal dan rapat dengan mereka semua. Wani, Ojan, Hazim, dll.

Sifat nak mudah aku kekadang banyak menyusahkan diorang. Tuhan, aku mohon, tanamkan sifat sabar dekat diorang dan buang rasa jemu diorang dengan ke-clumsy-an dan ke-annoying-an aku yang tak pernah nak sudah.

Sebab aku tiba-tiba tulis pasal diorang. First sebab teringat apek a.k.a hazim banyak gila tolong aku kat sini lagi lagi since aku masuk shah alam, second sebab aku baru je on the phone dengan wani, third sebab setiap malam borak dengan ojan (guna no buddyz lah katakan)

No comments: