About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Kerja gila

Ini kerja gila.
Scroll satu satu.
Dan aku baca satu satu.

Satu satu yang terkenang.
Conversation yang aku catat.
Yang buat aku senyum setiap hari.
Kata kata pujangga yang manis sekali.

Kata-kata yang buat aku tersengih sendiri.
Engkau rasa semua tak ada makna.
Jadi aku semangat sendiri.

Bertepuk angin di udara,
Ya, ia tak berbunyi.
Jadi ia jadi suram-- tak menarik.

Selongkar dalam 400 posts.
Bukan mudah, setiap terselit.
Aku edit--aku delete.
Memang ini yang patut aku lakukan.
Dari dulu--
Cuma aku tak berani.
Aku tak berani melangkah keluar dari dunia yang aku cipta.

Kalau dulu orang persoalkan kesetiaan aku.
Tapi bila aku bersedia.
Orang persoalkan kebodohan aku menanti.

Dunia ni berpusing.
Aku dah dapat apa yang aku buat.
Enough.
Hidup macam puzzle kan.
Try and error.
Bila betul bentuknya kekal lah ia.
Husnuzon dengan rancangan Allah.

Aku dah delete semua secara fizikalnya.
Dalamnya, slow slow.

Oh ini bukan hanya dia. Tapi juga dia.


Dulu, kalau ingat, masa gerhana bulan, aku call saja nak berkongsi keindahan malam.
Tapi kau tak endah.

Indah, tak kira malam atau siang. Bergantung kat mana kita nilai.
Ada orang tak pandang indah malam bagi nya ia gelap.
Ada orang lebih suka siang, kerana mudah menikmati persekitaran.
Yang suka indah siang, kau pernah terpikir jadi buta,
dimana secara kasar permandangannya gelap,
mana datang indahnya ? 

No comments: