About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Ahh celaka !

Baru baru ni aku patah hati.
Aku tak menangis-

Baru baru ni permintaan aku ditolak
Aku memberontak-

Tiba tiba aku geram.
Tentang tarikh yang mendekat.
Celaka celaka celaka.

Sepatutnya urusan harta si mati selesai.
Ah celaka.
Kenapa kau tak puas.
Segala dah bagi dekat kau.
Segala geran dekat tangan kau.
Apa lagi kau persoalkan, celaka.

Besar sangat kah nilai rumah yang kami duduki.
Besar sangatkah nilai motor aku yang dah uzur tuh.
Ah celaka !

Kan senang kalau kau setuju apa yang di-deal-kan.
Kau perlengahkan.
Ah celaka !

Ah malunyaaa berebut harta orang yang dah mati.
Dan soal tentang hak.
Adakah masa hidup si mati, kau menjaga pakai makan minumnya.

Dan, iya.
Dan bila si mati mati, siapakah yang paling banyak dia sebutkan.
Dan siapa yang dia rindui.
Aku.
Ah celaka !

Aku sedang membiarkan malaikat kreditkan pahala pahala yang aku sedikit.
Aku tak kisah.
Sebab sekarang,
Celaka lah aku yang kalah dengan hasutan syaitan.
Aku benci kau-semua.
Kau buat hidup tak tenang.

Kerana harta-pertalian darah terputus.
Ah celaka!
Takpe, nanti kita kawtim dekat padang mahsyar.
Kau pikul bahagian kau dan aku pikul bahagian aku.

Ah, celaka lagi.
Aku lupa, kau ingat tak tentang mati ?
Sebab kalau ingat, mesti kau tak gila tentang harta.
Dan tentu urusan si mati selesai segera.
Dan tentu kau ingat jasa si mati bukan memperkatakan dia.

Mata kau-duit.
Sepatutnya sperma itu tak menang perlumbaan. HA HA HA.

Ah celaka lah kau.
Ah celaka lah aku.

No comments: