About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Nightmare - mati


Pernah tak,
Kau bangun dari tido,
Kau rasa penat sangat.

Pernah tak,
Kau terus mengucap Alhamdulilah bila terjaga dari tidur,
Seolah baru kau tahu rasa bersyukur Allah bagi peluang untuk kau beribadat, bertaubat.

Dulu masa kat matrik.
Aku ingat lagi, ada satu malam tu, aku takut nak tidur.
Aku call abang untuk legakan hati sebab benda tuh jadi selang beberapa hari abah meninggal.
Malam sebelum tuh,
Aku mimpi aku terjaga dalam kubur.
Gelap gelita menanti si malaikat datang.
Bertapa aku cuba keluar, tapi tak boleh.
Sumpah, takut tak terhingga.
Aku terjaga sebelum subuh, aku penat.
Mungkin penat meronta dalam 'kubur'.

Dan baru baru ni.
Aku mimpi aku mati.
Aku tak sedar yang aku dah mati hingga keluarga aku menyuruh aku pergi ke tempat sepatutnya aku pergi.
Aku sujud kaki mama doa aku selamat,
Teringat satu satu dosa aku.
Merayu agar nyawa aku dikembalikan.
Aku tak ingat situasi aku 'dialihkan' tapi aku ingat aku nampak orang yang solat tapi solat dia sia sia.
Bila mata aku terbuka, aku nampak yang aku kat bilik, terpacul terus Alhamdulilah.
Tak silap aku terjaga dalam pkul 4 pagi.

Aku rasa nak cerita dekat mama atau abang tapi aku rasa tak penting.
Malas pulak nak tambahkan beban dengan mimpi mimpi aku.
Well, apa function public diary aku ni kan?

Aku taktahu petanda apa semua ni.
Tapi dia seram.
Aku takut.

Kalau dah sampai masa aku mati.
Tak kira apa cara aku mati.
Kubur aku jangan ditandakan.
Jangan dinamakan.

Doakan aku.
Ampunkan aku.
Halalkan segalanya.

No comments: