About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

kecelaruan-tidak matang

ini adalah entri yang bermonolog.

Kau kejar orang ni kau kejar orang tu, padahal kau boleh stay and terima orang depan mata kau. Terima. Kau sembang dengan orang, pilih orang yang suka diri kita bukan pilih orang yang kita suka, tapi kau tak amalkan. Hati kau, kau yang conduct,jiera. Kau boleh belajar suka orang tuh. Bagi diri kau peluang untuk rasa disayangi, rasa diambil berat. Berhenti dari pikir tentang orang yang kau suka. kawan baik kau si ojan, baru baru ni kau kuat bergaduh dengan dia. Padahal sebelum ni kau boleh je sabar and layan kerenah dia.

Berhenti dari timbulkan tembok dengan orang yang baru kau kenal. Seperti mama kata, kau tak tahu mana yang nak dijadikan kawan atau calon. Kau tak matang walaupun kau dah besar. Engkau tuh dah lah clumsy, memang padan lah orang tanak kau so bila orang cuba rapat dengan kau, kau kena terima jiera. Tak semua dapat tahan dengan perangai kau yang tiada kesudahan tuh.

Hariz pon dah bagi jawapan yang kau tunggu selama ni. Dengan cara kau buat, kau berjaya dia bukak mulut. Jadi kau nak apa lagi sekarang ? Beban and segala persoalan 3-4 tahun selama ni dah hilang dan terjawab. Bukan kah azam kau menjadi  seorang happy-go-lucky. Tidak mudah marah--tidak mudah rasa sedih. Engkau dah ada "kawan-kawan" yang rapat sekarang, selalu buat kau lupa akan masalah yang kau kendong. Berhenti mengejar, sekarang kau hanya perlu berjalan dan menikmati kenikmatan ini sebelum ia hilang.

No comments: