About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Jangan kejutkan aku. Aku mohon.

Semakin aku ingin pergi.
Makin aku termimpikan kau.
Tiba tiba tika aku menaip ini.
Lagu engkau perkenalkan berkumandang.
Ahh rindunya zaman kita rapat dulu.
Berat hati ni nak tinggalkan mimpi.
Mimpi akan kau.

Kau gembira bersama teman.
Dan aku hanya mampu tengok dari jauh.
Ahh itu sudah puas bagi aku.
Kau bahagia aku pon turut bahagia.
Realiti and mimpi tiada beza.
Keadaannya masih sama.
Aku yg sering menanti engkau.
Cuma dalam mimpi, engkau tidak dingin.
Dingin seperti sekarang.

Jangan kejut.
Biar aku terus bermimpi.
Bangkit aku bila aku bersedia.
Itupun entah bila.
Rindu. Sangat.

Aku tahu ade yang telah bertahta di hati kau. Tahniah.
Cemburu akan si dia yang dapat merembat hati kau.
Jangan risau, aku bukan perosak.
Aku akan sentiasa mendoakan engkau.

Tak akan aku tangkap masuk ke dalam sangkar hati aku. Aku biarkan engkau terbang bebas, gembira mencari bunga yang memberi engkau bahagia. Biarkan sangkar hati aku tiada penghuni.

No comments: