About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Hi semua !

~~Disaat ku memikul bebanan
Kau memberikan ku kekuatan
Oh kehadiran mu hanya satu
Sentiasa menemaniku ~~

Pergh layan lagu blog sendiri sebentar.
Sepatutnya draft dah siap, tinggal publish je lagi,
tapi itulah, fon aku buat hal.
Terpaksa buat entry yang lain. *sigh

Aku memang suka mengarang sebelum tido.
Kerna fantasiku bermula saat itu,
Ada yang fantasi ku senasib 'pelamin angan ku musnah'
Ada yang fantasi aku menjadi realiti.
Sungguh,, aku suka berfantasi.

Panjang pula mukadimah aku..

TUPTAPPPTUPPTAPPTAPPTUPPTUPP..
Dah pertengahan tahunn..
Lagi tiga hari result matrik keluar der.
-____- (speechless)

Okay, lately ni aku serious busy.
Orang lain yang kahwin tapi aku pulak yang busy.
Aku pulak sibuk cari kasut,cari baju and edar kad.
Abang and kakak aku dah selamat, tinggal lah aku dengan adik aku.
Mama kata kalau aku lambat lagi, nanti bilik pengantin boleh pinjam bilik dia.
Almaklum,bilik aku kan kat hujung selepas dapur..
EYPPP ! bukan bilik orang gaji.
Bahkan bilik aku lagi besar dari bilik yang lain.
*riak*

Aku sebenarnya nak tunjuk video aku main kambing.
Tapi lecey pulak nak upload, so lu olang tekan link ni jela.
Takut takut jugak nak pegang itu yang setepek kena perli.
"duduk bandarkan , mana nak tengok kambing dekat dekat"
So doakan lah aku dapat kahwin dengan orang kampung tuh ! ahahaha
HZ campak mana ? Baca ni--> menagih cinta cara dia dah bicarakan semua.
Aku undurkan diri.

Sebenarnya tak sedap update blog kat laptop.
Takde feel lansung nak bermadah. HAAHAHA
Oklah bye.

EH, sebelum terlupa HAPPY BIRTHDAY JUNAIDAH HALID.


No comments: