About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Sentimental value

Aku tak tahu kau masih jaga atau tidak winnie the pooh yang aku pernah bagi tika dulu. Aku tahu kau benci aku. Iya aku pon benci kau. Maafkan aku.

Siapa suka bila segala org yang kita sayang diambil senyap senyap oleh orang yang kita percaya.

Tolong lah, kalau kau benci aku dan tak jaga dah winie the pooh yang pernah aku bagi dulu. Pulangkan lah. Sebab itu lah hadiah teddy bear terakhir yang diberikan oleh arwah. Arwah paling tak suka belikan aku patung. Sebab itu berharga bagi aku.

Dulu aku sayang kau aku tatang mcam adik aku sendiri smpai aku sanggup bagi apa yg aku sayang. Tapi perangai kau. Perangai kau yang punahkan.

Aku baca blog kau bella. Aku tak nampak winnie the pooh tu. Aku tahu kau kaya. Setakat hadiah aku tak seberapa tuh. Boleh lah kau buang.

Bukan aku nak mengukit tapi faham lah aku. Aku sedih kalau pooh tuh tak dijaga elok. Aku tak kisah hadiah lain tuh kau buang. Faham lah aku, aku rindu arwah. Kadang kadang terkilan jugak, apa hikmah aku tak sempat jumpa untuk kali terakhir..

Sungguh aku nak kata direct tapi mengenangkan sorang sorang yang diambil dari aku, kebetulan lagi ke ? Tak mampu aku nak tengok gmbar kau apatah lagi muka kau.

Aku taktahu kenapa orang suka rampas apa yang aku ada. Padahal aku tak pernah rampas apa hak orang. Yang terbaru, motor yang aku pakai sekarang, itupun ada orang nak amek. Dunia kejam. Satu satu kenangan aku dengan arwah hilang.

No comments: