About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang @ KMPP

Result matrik dah keluar ke belum ? okay ah , kali no cerita cintan cuntan ke apa. Kali nak buat review pasal kolej, iya, tentang kolej "tercinta" aku tuh. Mula mula kenalah perkenalkan kolej dulu kan. Okay, apa eh nama kolej aku ni ? ahaahhaha #LawakHambar

Nanti masa daftar, pastikan daftar block yang betul. Jangan macam aku, memandai mandai daftar masuk block laki. Terkejut muka fasi tuh bila aku nak daftar untuk bilik. Serious malu gua !
Kompel A&B asrama perempuan, Kompel C asrama lelaki.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang merupakan antara kolej matrik terawal dan tertua. Alahai kalau korang masuk, mesti korang akan cakap macam ni "retronya bangunan kolej ni. Dah lah bumbung semua jenis terbalik" Dari mula masuk kolej ni sampai lah habis, aku masih tertanya kenapa bumbung kolej ni terbalik. Memang arkitek ni sengaja buat macam ni ke hape. Berpuluh jugak lah usia kolej ni.

Em, berhantu ke tak ? Tipulah kalau aku cakap takde. Ala, kat mana mana ada hantu. cumanya tengok diri kita jugak. Kalau kita sendiri tak pandai nak jaga diri, solat pon tanak jaga. Memang goma lah bende tuh menyakat ekau ekau sekalian. Lagipun aku nak tanya, kau suka ke orang lain baru masuk tempat kau, lepastuh buat mcm port sendiri. Berseronok tak ingat dunia. Sama lah dengan "bende" tuh. Kau datang tempat dia buat lah cara menumpang. Jaga tingkah laku, jangan dah magrib pon still sibuk ber-dating.



okay, kat sini ade binatang paling famous. Famous angat angat. Nama dia Charlie. Em, bukan Charlie Chaplin tapi Charlie si serengga atau nama lain "tomcat". Setakat ni lah, aku belum kena lagi gigitan charlie. Charlie ni biasa suka tempat tinggi-tinggi. Aku duduk aras bawah sekali jarang jumpa charlie, tapi kekadang ada lah time kita kat toilet,tengah basuh baju and amek wudhuk charlie tuh pon sibuk nak meneman. Bagi aku, kalau kita takde buat dia terancam dia takde kacau kita. Alhamdulilah harap aku keluar di kmpp tanpa kesan parut charlie. (ngeri nak tunjuk contoh kesan gigitan charlie, so korang google sendiri lah eh)

Buntut dia pasti terangkat bila nak serang orang.

okay ,nak cakap pasal study di matrik pulak. Ramai cakap matrik susah tapi setakat ni yang aku rasa, ia akan susah kalau kau tak sentuh lansung buku. Aku ni nak kata rajin, tak jugak. Belajar pon jenis last minute tapi alhamdulilah pointer good good lah. Cakap pointer berapa mcam riak so cukup lah aku cakap ia boleh lah nak hidup kat matrik. Satu je, kat sini kau kena pandai survive. Pandai jaga hubungan kita dengan Allah , cuba jaga solat fardhu tuh ,hubungan kita dengan parents and kawan-kawan. Inn Shaa Allah kau akan rasa senang je bila duduk sini.

Last, kolej ni pakaian nak ke kuliah tak macam kolej matrik lain. 
Tak boleh pakai jubah,dress atau hapa.
HANYA boleh pakai BAJU KURUNG sahaja.