About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

Bercakap di hadapan cermin [pantulan]

Memohon maaf memang mudah semudah abc tapi bagi yang ego tinggi ? Susah memohon maaf sesusah menjejak kaki ke masjid. Jangan menafikan. Aku manusia. Kita manusia. Dulu peribahasa rambut sama hitam, hati lain lain. Aku rasa peribahasa mungkin perlu di ubah. Mungkin "islam sama islam, akhlak lain lain"

Pernahkah terdetik terasa untuk menjiwai kehidupan sesorang sebelum kita menghukum mereka. Kita rasa hidup kita paling daif oleh itu mudah kita menghukum bahawa hidup kita lebih patut dipandang dan diberi bantuan. Mensyukuri apa yang ada walau aku tahu ,ia kadang kala sukar. Sabar dalam apa ujian Allah jangan pertikaikan sebab tuh balasan orang bersabar sangat lumayan. Aku juga manusia, sering melakukan dosa tanpa noktah melainkan ajal menjemput .

Aku mentah dalam kehidupan. Merempuhi kehidupan tanpa seorang ayah. Merindui kasih sayang seorang ayah. Banyak yang aku tidak tahu, kerana aku sering ditatang. Aku tidak tahu mengenal hati budi orang. Aku mudah percaya dengan kebaikan orang yang akhirnya mencampakkan duri.

Seorang remaja yang baru belajar mengenal isi dunia dihukum dengan mudahnya. Tidakkah si dewasa yang punya pemikiran matang harus lebih bijak mengawal emosi untuk mengatasi perasaan memberontak dalam diri remaja?

Manusia akhir zaman mudah memandang dari pandangan negetif daripada positif. Kata yang diluah dari seorang yg lebih muda sering diperkotak katik. Alasannya "engkau terlalu mentah untuk berkata dan engkau hanya berkata melalui kepala lutut"

Kematangan bukan dicop apabila kita mampu berkata besar atau membincang bende yg hebat tapi kematangan dicop bila kita mampu memahami dan mendalami hal yang kecik. Bende yang kecik kalau tak dikawal membesar jugak,ye tak ?

Ini blog gua ,gua bertanggungjawab apa yang gua tulis. Gua bukan lah pemulut manis. Gua tahu, bila tiba masanya gua akan membawa diri bila sampai masanya gua akan hanya membawa amalan yg gua kumpul.

Mulanya kita dibawah dan apabila kita berada di atas ,kita mula alpa akan kedudukan seblumnya sebab tuh hidup ibarat roda agar kita sering ingat siapa kita dulu. Mungkin susah di dunia senang di akhirat dan mungkin juga sebaliknya. Perancangan Allah, siapa yang tahu :)
Allahuakhbar .