About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

kesusahan adalah tanda doa dimakbulkan


kalau bukan dugaan ni yang Allah bagi ,mungkin sampai bila bila aku tak reti nak menangis .tak reti nak belajar bersyukur .tak reti belajar hidup kesederhanaan .tak reti belajar untuk memberi .dan last ,tanpa dugaan ni ,mungkin aku masih was was nak berhijrah ke pemakaian tudung labuh.

untuk pengetahuan semua ,tudung labuh ni dah lama dah aku beli ,masa arwah ayah aku masih ada ,tapi aku takut nak pakai ,takut menjejaskan imej orang bertudung labuh .iyalah ,aku kan brutal .macam tak sesuai je .tapi sekarang alhamdulilah perasaan semua tuh hilang .lagipun bagi aku ,selagi aku selesa dan menutup aurat its okay rasanya. lepas cuti raya ,aku balik kolej ,member aku tegur "kau ni ,tudung dah labuh ,tapi sekali pakai jersey pakai kasut but , bapak rock kau ni" aku pon mcm o.0 hahaha

sometime, risau orang salah sangka yang aku dah "totally berubah" ,aku masih aku ,tetap sama .jenis yang suka gurau kasar ,still suka belasah orang .iyalah bezanya ,penampilan dan aku suka buat hal aku tanpa stalk org lagi serta kekadang bila malam aku suka menangis takde sebab .kalau dulu hati kering ,sekrang ni hati aku dah mcm kena tsunami .eh ,tambahan ,soal hati aku kat crush dulu berjaya aku lupakan .tak best pulak tepuk tgn sorang sorang ni .baik cari orang lain yang boleh main pok amai amai sesama .

"Sebenarnya kesusahan yang datang dalam hidup adalah tanda doa kita dimakbulkan. Supaya kita lebih tabah, kuat, dan dekat dengan Allah. Tapi kita tersilap dengan melihat kesusahan atau tekanan itu sebagai perkara yang menghancurkan dan kemusnahan diri kita..

Situasi semasa senang dan lapang selalunya menyebabkan manusia mudah lalai dan alpa terhadap Allah swt. Allah swt dengan kasih sayangnya sentiasa membuka jalan untuk kita kembali padanya.

Selalunya manusia yang hidupnya sering ditimpa kesusahan menjadikan mereka lebih mudah untuk menangis. Ketika berdoa kita begitu mudah mengalirkan air mata apabila menghadapi masalah."


"Kita ini lemah. 
Kalau tidak Allah yang kuatkan kita, maka tidak ada satu kekuatan apapun pada diri kita untuk menempuh panjang hidup yang mencabar ini. 

Kita ini kotor dan penuh dosa.
Kalau tidak Allah menutup aib pada diri kita, maka kita pun tidak akan mampu berjalan di hadapan manusia.

Kala manusia mula lupa bahawa Allahlah yang telah memberikan segala,
Ingatkanlah diri kita bahawa Allah tidak pernah rugi tanpa kita, 
Tapi kitalah yang hina kerana meninggalkan-Nya."

No comments: