About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

yang pergi tetap takan kembali .

aku tak pernah berjauhan dengan abah berbulan bulan seperti sekarang .aku tak sangka yang aku jangkakan perpisah sementera aku dengan abah adalah perpisahan untuk selama-lama-lamanya. andaikan sahaja aku dapat tahu ini yang bakal berlaku ,nak je aku teruskan berbakti kepada abah .

masa kecik kecik ,apa sahaja aku nak tak pernah ditolak hinggakan sekarang .aku dah biasa di mewahkan .teringat akan dosa dosa aku dulu terhadap abah ,dosa aku terlalu banyak terhadap dia .terlalu banyak .tidak boleh dikira .aku selalu memberontak ,aku selalu bergaduh smpai satu masa ,aku pernah ditampar walhal abah tak pernah lnsung pkul aku .dah nampak kan kuang ajar aku tahap mana ?

pernah aku terasa aku bakal kehilangan masa parents aku nak bercerai .lagi lagi masa birthday aku pulak .sedih tuh tayah citer lah tapi alhamdlilah ,berkat ic aku hilang .diorang berbaik semula .bila aku dengar abah and mama nak cerai pon aku dah mcm sedih gila sbbb yela ,siapa lagi yang asik nak marah aku kalau bukan diorang .kene leter tuh mmg ah meluat tapi lepas kena leter tuh terasa klaka pulak .


seperti aku cakap tadi ,aku and abah tak pernah berjauhan .mcm mana besar sekalipun gaduh kiteorang ,mesti kteorang berbaik .berbaik tang acana tuh tayah cte ah .bak kata mama ,air dicincang acana pon takan putus .lain lah kalau tak bayar bil air. last aku jumpa abah ,masa birthday dia .birthday dia jatuh pulak masa aku masuk matrik .

masa diorang gerak nak balik seremban .terasa sangat nak peluk and wish birthday abah tapi ego menolak segala keinginan tuh .dalam masa dua bulan lebih ,dalam seminggu msti abah call .soalan dia lain tak bukan pasal makanan lah .dia tahu ,anak dara dia sorang ni kuat makan .dia tak bagi lansung aku guna kredit  aku untuk call dia .mmg dia akan guna kredit dia .

setiap kali oncall tak habis habis sakat aku .nak nak lagi masa bulan puasa .asik suruh aku beli baju raya bundle .mentang mentang dia tahu anak dia sorang ni memilih sikit .sengaja carik pasal suruh aku beli barang bundle .ingat lagi malam sebelum dia "pergi" aku ajak dia shopping kat al-ikhsan tapi dia cakap "cari jela barang kat sana(peneng) takut tak sempat pulak beli kat sini" aku tak sangka tak sempat yang dia maksdkan ,adalah mmg takan sempat nak beli brg dgn dia smpai bila-bila.

lepas sahur ,dapat call dari abang .aku fikir dia bergurau ,rupanya tak .meraung tayah citer lah .bayangkan sebelum subuh tuh ,meraba pikir nak naik apa supaya sampai seremban .peneng ke seremban kan ,tak mgkin sempat smpai sebelum zohor .dalam bas sungguh aku mengharap dapat jmpe abah wat kali terakhir tapi sayangnya tak sempat .hm .aku redhaaaa insyallah .

smpai kubur aku meratap .aku lupa yang abah akan tersiksa kalau aku terus wat camtuh .balik rumah tuh ,lepas selesai solat .aku rasa lega sangat .sedih sangat .abah dah janji nak amek aku kat airport .tapi dia dah takde .aku baru nak tnjuk perubahan yang aku dah buat ,yang aku dah belajar selama aku tggl jauh dari dia .baru nak buat dia bangga .iye ,mungkin aku tak semuslimah seperti muslimah yang lain tapi atleast im try nak berubah .

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. 
(Surah al-Baqarah : 155)

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. 
Maka Baginda menjawab: “Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

No comments: