About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

orang utan menggunakan modal pipi untuk mengorat

asalammualaikum uolls ,saya syak ramai yang dah merdeka spm kan ? untungye pon ,saya lambat lagi .enam haribulan baru habis .itupun habis pukul empat petang .aku tak kira ,habis petang pon lantak lah ,aku tahu habis paper aku nak enjoy bhahaha :D


okay ,aku baru habis paper acc tadi ,astaga ,soalan dia banyak gila pelarasan. sodih den .selalu den buat seimbang ,tetiba bila exam ,tak seimbang kunci kira kira aku -.- hm ,bnde yang lepas jangan dikenangkan ? so aku tak ingin mengenangkannya lagi ,aku baca komik .

komik bukan sebarang komik .komik sains .ouh no no ,ni bukan komik kepunyaan aku tetapi koleksi adik aku .dalam banyak banyak komik aku lebih tertarik yang ini !


setelah diselak selak ,kulit ke kulit .ade satu info yang menarik .info ni sweet sangat .mgkin hanya bagi aku sweet sebab aku suka haiwan , especially binatang yang berbulu ber-rangka-kan manusia ini :)

soalan dia berbunyik begini :
mengapa orang utan jantan matang mempunyai pipi besar dan lebar ?
orang hutan suka tinggal bersendirian dengan seekor orang utan betina .bahagian pipi orang utan jantan lebar tertonjol dari sisi muka .ia berfungsi untuk melindungi kawasan dan memikat pasangan .
jika ada orang utan berusia 12 tahun hingga 13 tahun dalam wilayah jantan dewasa ,ia tidak akan berubah sehingga mampu membina wilayah sendiri .ini bermaksud mereka tidak akan dapat pasangan sehingga mampu berdikari .

sweetkan hanya tinggal berdua ,jantan betina .tiada yang ketiga keempat .binatang tidak perlu diikat dengan tali perkahwinan tidak diwajibkan bertanggungjawab .tapi haiwan jantan sentiasa cuba untuk menjaga sang betina walaupun payah payau .menjaga keluarga dari ancaman musuh .manusia ?

mungkin ade yang bercemuh mengatakan itu haiwan tidak perlu samakan dengan manusia tapi pikirlah manusia ade otak ,tapi dia jalankan tak tanggungjawab dia ? ade otak ,tapi setia tak dengan pasangan masing masing ?sekarang ni kalau kita tengok perangai binatang dengan manusia tiada bezanya pon .

k ,jangan emosional sangat .haha . pengaruh cerita chandramukhi semalam sangat mempengaruhi hinggakan sekarang .haha .kbai .lakalakalakalakalakalaka 


No comments: