About Me

My photo

I want to be your favorite hello and your hardest goodbye.

ramadhan,bulan perubahan

kali ni bukan entri nak carik gaduh bukan nak mengadu atau ape .ya ,aku sebenarnya nak mengaku sesuatu .sesuatu yang sebenarnya boleh mengubah pandangan org lain terhadap aku,pandangan negatif .aku tak kisah .aku harap ia boleh memberi pengajaran ,mungkin .

dari kecik ,aku dah biasa tak solat .aku tasuka pakai tudung .panas .berhaba .aku boleh kira berapa kali aku masuk masjid ,mula aku masuk masjid ,masa aku tadika 4&5 tahun . ni pon sebab parents aku anta masuk tadika dekat sana .second ,bila aku terpaksa masuk kelas fardu ain masa darjah 4&5 .serious aku tasuka .then setiap kali rehat kelas PAFA mesti kena solat asar .jujur aku katakan ,aku taktahu solat .aku ikut je gerakan org kiri kanan depan belakang.

pernah sekali aku rukuk lama gila .nak tnjuk kononnya khusyuk lah kan .lepas abis solat kawan aku pon tanya "asal kau rukuk lama sangat kau baca ape doh" aku jawab dgn selamber "aku baca surah pnjg ah " serious bila igt balik aku rasa kelakar ade ,malu pon ade .mana taknya muka kompiden gilaaa time jawab tuh .HAR HAR HAR .

masa aku naik form 1& form 2 aku dah pandai dah merayap lepas balik sekolah .pengaruh mmber kononnya and time form 1 serious aku mmg berlagak ,almaklum UPSR 5A .kalau nak kenal dgn kawan baru ,mesti kelas depan je ,yg kelas belakang tak ingin pon pandang ,kecuali yg datang sama sekolah rendah dengan aku .poyoss gila kan ?setiap kali abis sekolah .smpai pintu gate depan/kantin tudung dah melayang tah kemana tah .

then jalan ramai ramai pergi terminal one ,menawaf kat sana .dah menawaf kompem kompem ah dapat boipreng en ?and igt lagi disebabkan peramah sangat ,kenal dengan sorang laki ni .muka baik gila .lepas dua hari kenal ttbe tnjuk belang ,dia buat aku mcm bitch ,dia ajak buat $*# and nanti dia bayar .Allah sayangkan aku ,alhamdulilah ,aku buat pilihan tukar nombor ,walaupun kkdg teserempak dgn dia ,serious dia tak kacau aku lagi .

pertengahan form 2 ,aku kenal sorang mamat ni .aku mmg tasuka dia .tp org ckp yg tasuka tuh lah nty akan mengubah kita .aku pon kurang igt bila aku couple ,tapi hampir nak dekat 2 tahun lebih tak silap.dia ubah aku segalanya .dari sikap kasar aku ,jadi sedikit lembut .dari takde perasaan terus tahu ape tuh cemburu ,gembira,gedik,mengada bagai .dan paling penting dia telah berjaya membuatkan aku tutup mahkota wanita yang sepatutnya ditunjukkan kepada lelaki yang halal /suami .

aku igt lagi ,dia tegur aku tahun lepas .bulan ramdhan .aku ingat lagi ,aku tlis entri ni .ya la mula mula tak ikhlas ,lama lama aku jadi ikhlas .even aku dah break dgn dia hujung tahun lepas .lepas aku break ,ade sorang lelaki ni ,dia IM ,dia cakap macam mana pon lepas ni ,jangan lah bukak tudung .ya Allah bertapa baiknya KAU menghantar orang supaya mengingatkan aku :)

dulu masa form 3 ,aku hipokrit.aku pakai tudung ,solat gara gara PMR tapi aku yakin ,kali ni tak .aku ikhlas seluruh hati aku . kadang kadang aku terpikir ,aku dah bertudung ,kenapa aku tak solat .kenapa keras sangat hati ni .Allah dah berhenti bagi hidayah kat aku ke ? astagfirullalhazim .

lepas aku gaduh besar dengan "kawan baik" aku .aku mula kenal kawan baru aku .diorang yang aku pandang rendah dulunya .diorang juga lah yang mengubah aku .dalam bulan RAMADHAN juga .mula mula terniat nak buat terawih sebab aku tak pernah merasa .first aku pergi ,aku rasa best sangat.then mula lah nak buat terawih selalu .macam kebetulan ,ustazah pesan ,WAJIB perlu diutamakan ,then baru sunat .aku cuba latih utk solat penuh .

kadang kadang tuh tak ikhlas lnsg ,tapi bila dah abis solat .rasa mcm bangga .bangga sangat sebab aku berjaya menyahut seruan Allah .seperti yang aku dapat dari site ni

and now im totally wanna change .nak hidup yg lebih tenang .lebih bahagia .almaklum ,kita nak dapat suami yang baik baik orangnya ,kita kena jadi baik dulu kan .hahha jauh dah aku pergi and sekarang aku bersyukur ,Allah bagi peluang aku merasa semua ni .ramadhan aku lebih berkualiti .seandainya esok aku mati ,aku tak menyesal .menyesal akan kejahilan yg tak ingin utk berubah .

kita manusia ,jangan takut untuk berubah .gunakann bulan ramadhan ni ,sebab time ni takde bisikan syaitan kecuali syaitan bertopengkan manusia .guna kesempatan yang ada and hope korang doakan lah niat baik aku ni kekal sampai aku dimasukkan liang lahad .

dulu aku anak manja abah .skrg ,aku tasuka abah .aku benci dia sebab dia syangkan adik aku lebih and suka baran sesuka hati ,tapi macam mana aku benci dia bila aku teringat/mimpi dia akan meninggal dunia.aku akan menangis seperti budak kecik yang alat mainannya dirampas .

No comments: